Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2025

Rabbit Mac Mencipta Sejarah, Debut di Hollywood dengan Runut Bunyi Rasmi untuk 'American Warrior'

Imej
Tibanya sebuah detik yang membanggakan dan bersejarah untuk anak seni Malaysia di persada antarabangsa. Penyanyi rap, komposer, dan usahawan kelahiran Malaysia, Charles John Macallum atau lebih dikenali sebagai Rabbit Mac telah mencatatkan namanya dalam sejarah dengan kejayaannya menghasilkan runut bunyi rasmi untuk drama aksi Hollywood , " American Warrior ". Ini menandakan kali pertama seorang penyanyi rap Malaysia menggubah dan menghasilkan runut bunyi untuk filem Amerika, dan selayaknya diiktiraf sebagai pencapaian cemerlang yang mengukuhkan posisi muzik Malaysia di persada global. Projek ini juga menandakan kepulangan penyanyi rap kelahiran George Town ini yang amat dinantikan selepas lima tahun menyepi daripada industri. Kembalinya beliau dengan penampilan dalam filem Hollywood telah membuktikan kepada komuniti kita bahawa anak seni tempatan juga berbakat membawa kebanggaan yang besar kepada industri kreatif Malaysia. Lebih daripada sekadar kejayaan peribadi, penca...