Rabbit Mac Mencipta Sejarah, Debut di Hollywood dengan Runut Bunyi Rasmi untuk 'American Warrior'

Tibanya sebuah detik yang membanggakan dan bersejarah untuk anak seni Malaysia di persada antarabangsa. Penyanyi rap, komposer, dan usahawan kelahiran Malaysia, Charles John Macallum atau lebih dikenali sebagai Rabbit Mac telah mencatatkan namanya dalam sejarah dengan kejayaannya menghasilkan runut bunyi rasmi untuk drama aksi Hollywood, "American Warrior".

Ini menandakan kali pertama seorang penyanyi rap Malaysia menggubah dan menghasilkan runut bunyi untuk filem Amerika, dan selayaknya diiktiraf sebagai pencapaian cemerlang yang mengukuhkan posisi muzik Malaysia di persada global.

Projek ini juga menandakan kepulangan penyanyi rap kelahiran George Town ini yang amat dinantikan selepas lima tahun menyepi daripada industri. Kembalinya beliau dengan penampilan dalam filem Hollywood telah membuktikan kepada komuniti kita bahawa anak seni tempatan juga berbakat membawa kebanggaan yang besar kepada industri kreatif Malaysia.

Lebih daripada sekadar kejayaan peribadi, pencapaian ini adalah bukti bakat bertaraf dunia yang muncul dari Malaysia. Ianya menyerlahkan kuasa kreativiti, ketabahan dan visi, serta menjadi sumber inspirasi untuk pemuzik dan artis di seluruh negara.

Kejayaan ini bukan sahaja saat indah bagi Rabbit Mac, malahan ianya membuktikan bahawa industri muzik Malaysia mampu bersaing di wilayah global.

"Watch Me" ialah lagu rap penuh emosi yang dipersembahkan oleh Rabbit Mac. Turut menampilkan penyanyi rap kelahiran Los Angeles iaitu Amore Jones, ianya turut digubah oleh Rabbit Mac sendiri. Lagu ini dijadikan sebagai runut bunyi asal untuk filem Hollywood, "American Warrior" arahan Gustavo Martin yang dibintangi barisan pelakon Danny Trejo dan Veronica Falcón. Filem ini juga menandakan kemunculan sulung bakat baru, Vishy Ayyar.

Lirik "Watch Me" mengisahkan pergolakan jiwa seseorang dalam melawan kebimbangan, kesunyian, serta perasaan diabaikan & tekanan masyarakat. Dengan lirik yang sengit & emosi yang tajam, ianya menggambarkan daya tahan dalam perjalanan menemukan diri sendiri. Lagu ini turut mengetengahkan mesej tentang kenyataan yang mencabar: bangkit daripada kesakitan, melawan segala rintangan dan meneruskan perjuangan.

Lebih daripada sekadar runut bunyi untuk filem semangat American Warrior, "Watch Me" juga adalah satu laungan perang untuk semua jiwa kental di luar sana yang pernah jatuh, namun enggan kekal rapuh.

Tonton Video Rasmi lagu "Watch Me" di sini: https://7.openinapp.co/watchme

Ikuti Rabbit Mac di;

Instagram: @rabbit.mac
TikTok: @rabbit.mac

Ikuti Universal Music Malaysia di;
Instagram: @universalmusicmalaysia
TikTok: @universalmusicmalaysia
YouTube: @UniversalMusicMalaysia

Untuk banyak lagi berita terkini tentang hiphop & rap lokal, ikuti MHL - Muzik Hiphop Lokal di:
Instagram: @muzikhiphoplokal
TikTok: @muzikhiphoplokal
YouTube: @MuzikHiphopLokal





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MANFE Luah Rasa Penat Dalam Perhubungan Menerusi Single Terbaharu, “berapa kali”

"OFFLINE": Transformasi dan Fokus Rudeen dalam Karya Terbaharu

AxelJonas Lancarkan Lagu "Kamui": Evolusi Gelap dan Strategik Artis Hip-Hop Kuala Lumpur